1
00:02:12,088 --> 00:02:15,164
"Ashes of Love"

2
00:02:15,240 --> 00:02:18,000
"Episod 57"

3
00:02:29,560 --> 00:02:30,680
Awak...

4
00:02:35,600 --> 00:02:38,832
Untuk seekor burung itu,
awak lupakan semua ular lain...

5
00:02:38,960 --> 00:02:41,952
tapi kenapa awak nak bersama
seekor naga sekarang?

6
00:02:42,520 --> 00:02:46,280
Dengar sini. Jangan awak
terpedaya oleh muka Run Yu.

7
00:02:46,520 --> 00:02:50,377
Hatinya lebih busuk
daripada lumpur di Tasik Tai.

8
00:02:50,760 --> 00:02:53,511
Dia jahat dan mudah kecil hati,

9
00:02:53,640 --> 00:02:55,480
mudah syak dan penuh muslihat.

10
00:02:55,551 --> 00:02:58,111
Kalau awak terus begini,
awak akan terseksa kerana dia.

11
00:02:58,200 --> 00:03:00,560
Tiba masa itu, habislah awak.

12
00:03:05,552 --> 00:03:06,712
Teruskan.

13
00:03:07,401 --> 00:03:09,404
Kenapa tak teruskan?

14
00:03:14,952 --> 00:03:21,182
Saya ingin tahu betapa jahat
dan busuk hati saya.

15
00:03:22,907 --> 00:03:24,920
Ulang tahun kematian mak
semakin menjelang.

16
00:03:24,996 --> 00:03:26,605
Saya harus sediakan persembahan.

17
00:03:26,680 --> 00:03:27,920
Selamat tinggal.

18
00:03:57,440 --> 00:03:59,720
Kalau dah puas merajuk,
baliklah dengan saya.

19
00:04:00,873 --> 00:04:03,192
Selepas perkahwinan berlangsung,

20
00:04:03,640 --> 00:04:05,603
segalanya pulih kepada asal.

21
00:04:05,841 --> 00:04:07,523
Saya takkan mendalami hal ini.

22
00:04:22,680 --> 00:04:23,920
Di manakah dia?

23
00:04:24,200 --> 00:04:26,320
Mak saya panggil untuk makan malam.

24
00:04:45,392 --> 00:04:46,430
Awak...

25
00:04:46,866 --> 00:04:48,000
Letihnya.

26
00:04:48,120 --> 00:04:50,800
Kenapa pula awak lebih letih
daripada saya?

27
00:04:50,880 --> 00:04:54,684
Awak selalu berlengah
dan tangguhkan rancangan kita.

28
00:04:55,592 --> 00:04:56,938
Run Yu bukan mudah dihadapi.

29
00:04:57,257 --> 00:04:59,057
Susah payah saya lepas lari.

30
00:04:59,135 --> 00:05:02,095
Saya gunakan sihir penyamaran
untuk elakkan Tentera Syurga.

31
00:05:02,160 --> 00:05:04,120
-Awak fikir senang?
-Awak rasa susah?

32
00:05:04,187 --> 00:05:06,587
Apa yang susah cabut lari
dengan tangan kosong?

33
00:05:06,800 --> 00:05:09,648
Saya angkat dia dari Alam Bunga
sampai ke sini.

34
00:05:09,985 --> 00:05:11,905
Pinggang saya hampir patah.

35
00:05:12,040 --> 00:05:14,200
Kaki saya tak henti-henti menggigil.

36
00:05:14,984 --> 00:05:17,400
Tak pernah saya lihat
Bunga Ibun seberat dia.

37
00:05:17,993 --> 00:05:19,730
Apa dia makan ketika membesar?

38
00:05:19,969 --> 00:05:22,480
-Berat? Biar saya cuba.
-Jangan usik dia!

39
00:05:23,040 --> 00:05:24,934
Mahukah awak kahwinkan dia
dengan setan itu?

40
00:05:25,085 --> 00:05:26,884
Kalau bertangguh lagi,
tak sempat nanti.

41
00:05:26,960 --> 00:05:29,312
-Bawa kami ke seberang sungai.
-Baik.

42
00:05:59,760 --> 00:06:01,880
Maharaja Syurga,
kami dah cari di merata tempat.

43
00:06:01,968 --> 00:06:03,728
Tak jumpa Dewa Air.

44
00:06:27,529 --> 00:06:28,973
Maklumkan seluruh enam alam.

45
00:06:30,347 --> 00:06:33,165
Mulai hari ini,
Alam Bunga dikenakan hukuman.

46
00:06:33,240 --> 00:06:34,629
Sehari Jin Mi tak kembali,

47
00:06:34,720 --> 00:06:37,160
seorang ketua dibunuh setiap hari.

48
00:06:37,263 --> 00:06:39,103
Jangan harap!

49
00:06:43,640 --> 00:06:45,458
Ketua Zhang!

50
00:06:46,120 --> 00:06:48,405
-Ketua Zhang!
-Kakak Zhang!

51
00:06:52,200 --> 00:06:54,280
Biarpun awak musnahkan Alam Bunga,

52
00:06:55,320 --> 00:06:57,680
kami takkan serahkan Jin Mi
kepada awak.

53
00:06:59,633 --> 00:07:02,960
Awak boleh dihukum bunuh
kerana melawan Maharaja Syurga.

54
00:07:03,120 --> 00:07:05,517
Esok, kita akan mula dengan awak.

55
00:07:05,633 --> 00:07:09,000
Maharaja Syurga,
kenapa awak harus begini?

56
00:07:10,680 --> 00:07:14,120
Dunia musnah, manusia berubah.

57
00:07:14,360 --> 00:07:17,075
Saya hanya pulihkan keadaan
yang sepatutnya,

58
00:07:17,151 --> 00:07:19,677
bina semula keagungan Alam Syurga.

59
00:07:19,800 --> 00:07:24,312
Berlaku adil ialah asas hukum dunia,
bukan dengan penaklukan.

60
00:07:26,800 --> 00:07:28,589
Awak cuma pari-pari bebas.

61
00:07:29,000 --> 00:07:31,320
Awak tak layak melawan saya.

62
00:07:32,320 --> 00:07:33,872
Saya cuma tahu...

63
00:07:34,520 --> 00:07:38,069
Ketua Zhang telah uruskan
Alam Bunga lebih 5,000 tahun...

64
00:07:38,144 --> 00:07:40,904
dan bertungkus-lumus
tanpa lepas lelah.

65
00:07:41,120 --> 00:07:44,080
Kini, dia dihukum
mahupun tak bersalah.

66
00:07:44,240 --> 00:07:45,440
Maharaja Syurga,

67
00:07:45,953 --> 00:07:49,073
tidakkah awak risau
hal ini dikecam oleh semua pihak?

68
00:07:49,674 --> 00:07:52,902
Saya bukan orang penting...

69
00:07:53,113 --> 00:07:55,190
tapi telah hidup puluhan ribu tahun.

70
00:07:55,280 --> 00:07:57,760
Hari ini, saya bercakap sebagai
orang tua-tua...

71
00:07:58,257 --> 00:08:01,150
untuk minta bantuan Tuanku.

72
00:08:02,120 --> 00:08:06,622
Kalau seseorang mesti dibunuh
sebagai amaran,

73
00:08:07,400 --> 00:08:09,555
mula sajalah dengan saya.

74
00:08:09,640 --> 00:08:10,880
Lao Hu!

75
00:08:11,680 --> 00:08:16,050
Kalau nak bunuh, bunuhlah saya.

76
00:08:16,760 --> 00:08:18,880
Jangan bodoh, Mudan!

77
00:08:20,601 --> 00:08:22,163
Jangan berebut dengan saya.

78
00:08:24,840 --> 00:08:26,041
Maharaja Syurga,

79
00:08:26,240 --> 00:08:28,453
mulalah dengan saya.

80
00:08:28,528 --> 00:08:31,440
Antara semua ketua,
saya yang paling muda.

81
00:08:31,880 --> 00:08:34,319
Kalau awak nak bunuh,
bunuh saya dulu.

82
00:08:34,407 --> 00:08:36,607
Tak, mula dengan saya.

83
00:08:52,473 --> 00:08:55,233
Bekas Maharaja Syurga
yang beri awak kuasa ini.

84
00:08:55,520 --> 00:08:58,088
Hari ini, saya berhak
menarik balik kuasa ini.

85
00:08:59,360 --> 00:09:00,840
Kamu patut tahu...

86
00:09:01,360 --> 00:09:04,200
siapa pemerintah agung...

87
00:09:05,280 --> 00:09:10,000
dan ketua sebenar enam alam.

88
00:09:42,796 --> 00:09:43,924
Menurut Pelindung Bayang-bayang,

89
00:09:44,000 --> 00:09:45,880
Maharaja Syurga telah menyerbu
Alam Bunga.

90
00:09:45,959 --> 00:09:49,080
Dua jam lalu, Ketua Zhang
diserang dan semua ketua ditahan.

91
00:09:49,232 --> 00:09:51,552
Puak burung sudah tunduk
kepada Alam Setan.

92
00:09:51,720 --> 00:09:54,912
Tiada manfaat Run Yu
serang Alam Bunga sekarang.

93
00:09:55,280 --> 00:09:57,159
Ini tak macam kebiasaan dia.

94
00:09:57,360 --> 00:10:01,171
Di dunia ini, 2 orang saja
yang mampu ganggu fikirannya.

95
00:10:01,960 --> 00:10:03,360
Awak seorang daripadanya.

96
00:10:03,521 --> 00:10:05,121
Yang seorang lagi ialah Jin Mi.

97
00:10:05,640 --> 00:10:07,840
Saya dengar Maharaja Syurga
naik berang...

98
00:10:08,320 --> 00:10:10,638
kerana Jin Mi cabut lari
daripada perkahwinannya.

99
00:10:12,297 --> 00:10:13,454
Cabut lari?

100
00:10:13,920 --> 00:10:16,059
Ia cuma khabar angin
yang belum disahkan lagi.

101
00:10:16,135 --> 00:10:18,884
Khabarnya Maharaja Syurga
gunakan Alam Bunga...

102
00:10:18,960 --> 00:10:20,571
untuk paksa Jin Mi kahwin dengannya.

103
00:10:24,056 --> 00:10:25,216
Cabut lari?

104
00:10:26,721 --> 00:10:28,481
Ke mana dia boleh pergi?

105
00:10:28,977 --> 00:10:31,609
Tiada siapa di enam alam
yang berani simpan dia.

106
00:10:32,335 --> 00:10:34,635
Run Yu seorang yang licik.

107
00:10:34,752 --> 00:10:39,320
Ini mungkin hanya tabir
untuk menawan Alam Bunga.

108
00:10:42,360 --> 00:10:45,280
Tempatkan sepasukan tentera
di berdekatan Alam Bunga.

109
00:10:45,440 --> 00:10:47,920
Kalau Alam Bunga ditimpa bahaya,
bantu mereka.

110
00:10:49,351 --> 00:10:50,788
Baik, Abang Feng.

111
00:10:50,960 --> 00:10:52,597
Rupanya awak masih
kenang akan masa silam.

112
00:10:53,970 --> 00:10:55,810
Saya dah lupakan perkara silam.

113
00:10:56,120 --> 00:10:57,891
Persahabatan tak wujud lagi.

114
00:10:58,000 --> 00:10:59,273
Akan tetapi...

115
00:10:59,480 --> 00:11:02,352
musuh kepada musuh saya
ialah kawan saya.

116
00:11:03,713 --> 00:11:04,747
Baiklah.

117
00:11:04,960 --> 00:11:06,820
Perkahwinan akan berlangsung
dalam masa 4 jam.

118
00:11:06,984 --> 00:11:09,711
Awak pergilah uruskan
dan bersiap sedia.

119
00:11:09,800 --> 00:11:11,651
Kita ada urusan yang lebih penting.

120
00:11:12,680 --> 00:11:15,593
Saya tak percaya bahawa
selepas rangsangan ini,

121
00:11:16,176 --> 00:11:18,176
Sui He masih boleh kekal tenang.

122
00:11:20,520 --> 00:11:22,600
Entahlah pak cik saya
akan datang atau tidak nanti.

123
00:11:22,840 --> 00:11:24,339
Kalau dia datang,

124
00:11:24,440 --> 00:11:27,032
ini tak boleh diketahuinya
supaya tak merumitkan keadaan.

125
00:11:27,200 --> 00:11:28,520
Saya yakin dia tak akan datang.

126
00:11:28,840 --> 00:11:31,051
Dia tak restui perkahwinan
awak dengan Sui He.

127
00:11:31,280 --> 00:11:33,680
Entahlah, dia suka akan kemeriahan.

128
00:11:33,759 --> 00:11:35,309
Dia mungkin datang buat kecoh.

129
00:11:36,160 --> 00:11:37,243
Jangan risau.

130
00:11:37,360 --> 00:11:39,767
Kalau dia datang,
saya akan cuba halang dia.

131
00:11:55,209 --> 00:11:57,077
-Bolehkah awak diam?
-Diam?

132
00:11:57,153 --> 00:11:59,592
Awak yang cadangkan sembunyikan
Jin Mi di dalam tongkat ini.

133
00:11:59,792 --> 00:12:02,032
Berat! Mari tolong saya.

134
00:12:02,673 --> 00:12:04,073
Itu tongkat awak, awak angkatlah.

135
00:12:04,160 --> 00:12:05,803
Saya bukan hamba awak.

136
00:12:16,720 --> 00:12:18,474
Puteri, boleh pakai gandik sekarang.

137
00:12:27,040 --> 00:12:29,672
-Baik, kamu boleh pergi.
-Baik.

138
00:12:44,720 --> 00:12:45,836
Mari.

139
00:12:56,393 --> 00:12:58,193
Hari yang saya nantikan tiba akhirnya.

140
00:12:59,192 --> 00:13:00,192
Sui He.

141
00:13:00,632 --> 00:13:02,712
Bulan depan,
15hb ialah hari bertuah.

142
00:13:04,000 --> 00:13:05,800
Apa kata kalau kita berkahwin
pada hari itu?

143
00:13:07,072 --> 00:13:08,632
Betulkah?

144
00:14:40,783 --> 00:14:41,983
Menurut Pelindung Bayang-bayang,

145
00:14:42,064 --> 00:14:43,749
Maharaja Syurga telah menyerbu
Alam Bunga.

146
00:14:43,819 --> 00:14:47,386
Dua jam lalu, Ketua Zhang
diserang dan semua ketua ditahan.

147
00:14:49,040 --> 00:14:51,360
Saya dengar Maharaja Syurga
naik berang...

148
00:14:51,785 --> 00:14:53,741
kerana Jin Mi cabut lari
daripada perkahwinannya.

149
00:14:54,000 --> 00:14:55,240
Cabut lari?

150
00:14:55,360 --> 00:14:57,555
Ia cuma khabar angin
yang belum disahkan lagi.

151
00:14:57,632 --> 00:15:00,317
Khabarnya Maharaja Syurga
gunakan Alam Bunga...

152
00:15:00,392 --> 00:15:01,715
untuk paksa Jin Mi kahwin dengannya.

153
00:15:07,160 --> 00:15:08,960
Itu cuma helah.

154
00:15:14,074 --> 00:15:15,325
Tuanku,

155
00:15:15,400 --> 00:15:17,521
Puteri Sui He sudah pengsan
akibat kemenyan tersebut.

156
00:15:17,632 --> 00:15:19,632
Dia akan sedar semula 4 jam kemudian.

157
00:15:20,200 --> 00:15:22,960
Baiklah, awak boleh pergi.

158
00:15:23,080 --> 00:15:24,217
Baik.

159
00:16:13,120 --> 00:16:14,560
Selamat datang.

160
00:16:14,672 --> 00:16:15,872
Tahniah.

161
00:16:15,952 --> 00:16:17,625
Sila masuk, duduklah.

162
00:16:17,840 --> 00:16:19,880
-Tahniah.
-Sila masuk.

163
00:16:20,526 --> 00:16:21,644
Silakan.

164
00:16:21,720 --> 00:16:23,867
Silakan. Jangan malu-malu.

165
00:16:27,040 --> 00:16:28,680
-Tuan.
-Di mana Liu Ying?

166
00:16:28,808 --> 00:16:30,368
Puteri Liu Ying...

167
00:16:31,320 --> 00:16:33,309
Ini perkahwinan Raja Setan.
Kenapa dia belum sampai?

168
00:16:33,384 --> 00:16:34,947
Lekas, jemput dia ke sini.

169
00:16:35,040 --> 00:16:36,160
Baik.

170
00:16:41,800 --> 00:16:45,400
Majlis akan bermula.
Raja Setan, dipersilakan.

171
00:17:15,040 --> 00:17:16,695
Tahniah, Tuanku.

172
00:17:16,880 --> 00:17:18,960
Tahniah, Tuanku.

173
00:17:19,440 --> 00:17:21,920
Ratu Setan, dipersilakan!

174
00:17:48,392 --> 00:17:49,672
Terima kasih, Dewa Bulan.

175
00:17:49,800 --> 00:17:51,400
-Sila duduk.
-Raja Biancheng.

176
00:17:51,584 --> 00:17:53,784
Malam ini majlis perkahwinan
anak saudara saya.

177
00:17:54,440 --> 00:17:59,474
Oleh sebab saya ada di sini,
biar saya jadi pengacara majlis.

178
00:18:05,040 --> 00:18:06,153
Sudah tentu.

179
00:18:06,240 --> 00:18:08,497
Majlis perkahwinan Raja Setan...

180
00:18:08,573 --> 00:18:10,613
acara yang penting
buat seluruh enam alam.

181
00:18:10,840 --> 00:18:15,536
Apatah lagi Dewa Bulan
sudi datang raikannya bersama.

182
00:18:15,792 --> 00:18:17,832
Kami amat berbesar hati!

183
00:18:18,240 --> 00:18:19,240
Silakan.

184
00:18:47,080 --> 00:18:48,341
Xu Feng.

185
00:18:50,512 --> 00:18:51,527
Pak cik.

186
00:18:53,960 --> 00:18:55,061
Xu Feng,

187
00:18:56,240 --> 00:18:59,169
pak cik sudah insaf sekarang.

188
00:18:59,677 --> 00:19:03,915
Pak cik restui awak kahwin Sui He,
asalkan awak bahagia.

189
00:19:06,192 --> 00:19:07,540
Terima kasih, pak cik.

190
00:19:11,120 --> 00:19:13,905
Budak nakal, berani awak
rahsiakan hal ini daripada saya.

191
00:19:14,160 --> 00:19:16,560
Ia keputusan tergesa-gesa.
Saya minta maaf.

192
00:19:16,680 --> 00:19:18,440
Tak mengapa, saya dah uruskan.

193
00:19:22,184 --> 00:19:23,511
Mari.

194
00:19:39,374 --> 00:19:41,215
Raja Setan!

195
00:19:41,352 --> 00:19:42,912
Raja Setan!

196
00:19:43,152 --> 00:19:44,832
Raja Setan!

197
00:19:45,032 --> 00:19:46,752
Raja Setan!

198
00:19:46,952 --> 00:19:50,032
Raja Setan!

199
00:20:20,488 --> 00:20:23,488
Sembah pertama
kepada langit dan bumi.

200
00:20:28,992 --> 00:20:30,552
Saya hidup semula selepas nirwana...

201
00:20:31,225 --> 00:20:33,465
dan bukan lagi dewa agung
dari Alam Syurga.

202
00:20:33,687 --> 00:20:36,640
Saya dan Maharaja Syurga
saling bermusuhan.

203
00:20:36,960 --> 00:20:40,032
Saya takkan sembah kepada langit
dalam hayat ini.

204
00:20:40,632 --> 00:20:42,072
Pada hari perkahwinan ini,

205
00:20:42,280 --> 00:20:45,040
saya hanya tunduk kepada
tempat saya hidup semula,

206
00:20:45,624 --> 00:20:47,062
iaitu bumi Alam Setan.

207
00:20:47,320 --> 00:20:50,506
Raja Setan!

208
00:20:50,582 --> 00:20:56,706
Raja Setan!

209
00:20:56,832 --> 00:20:58,432
Raja Setan!

210
00:21:19,320 --> 00:21:20,480
Sembah kedua...

211
00:21:24,440 --> 00:21:25,600
Xu Feng,

212
00:21:26,112 --> 00:21:27,512
ibu bapa awak dah tiada.

213
00:21:27,680 --> 00:21:29,120
Abaikan sajalah sembah kedua ini.

214
00:21:30,912 --> 00:21:31,934
Tidak.

215
00:21:32,112 --> 00:21:34,632
Kedua-dua ibu bapa saya dah tiada.

216
00:21:35,208 --> 00:21:37,248
Namun, ketika saya hampir mati,

217
00:21:37,953 --> 00:21:40,393
Raja Biancheng hulurkan bantuan...

218
00:21:40,744 --> 00:21:43,756
untuk selamatkan saya.

219
00:21:44,312 --> 00:21:45,472
Raja Biancheng...

220
00:21:45,849 --> 00:21:47,706
yang bantu saya bangkit semula.

221
00:21:47,952 --> 00:21:51,640
Sembah kedua ini
kepada Raja Biancheng.

222
00:21:54,680 --> 00:21:56,921
Tuanku, tak boleh.

223
00:21:57,072 --> 00:21:59,758
Raja Biancheng!

224
00:21:59,839 --> 00:22:02,359
Raja Biancheng!

225
00:22:02,519 --> 00:22:04,959
Raja Biancheng!

226
00:22:05,120 --> 00:22:07,120
Raja Biancheng!

227
00:22:08,400 --> 00:22:10,206
Saya tak layak terima.

228
00:22:17,592 --> 00:22:20,832
Sembah ketiga,
antara suami dengan isteri.

229
00:22:28,072 --> 00:22:29,201
Tak mengapa.

230
00:22:29,320 --> 00:22:32,464
Saya akan mohon maaf dan jelaskan
kepada ayah awak nanti.

231
00:23:16,040 --> 00:23:17,967
Upacara tamat!

232
00:23:18,480 --> 00:23:19,713
Nanti dulu.

233
00:23:20,472 --> 00:23:22,112
Dewa Bulan dari Alam Syurga...

234
00:23:22,232 --> 00:23:23,727
dan mungkin tak tahu hal ini.

235
00:23:23,840 --> 00:23:27,320
Adat resam antara Alam Setan
dengan Alam Syurga berbeza.

236
00:23:27,880 --> 00:23:30,560
Kami paling memandang berat
penyatuan suami dan isteri.

237
00:23:31,008 --> 00:23:35,832
Perkahwinan ialah peristiwa
penting dan suci di Alam Setan.

238
00:23:36,352 --> 00:23:39,432
Semua Raja Setan
mesti patuh akan peraturan ini,

239
00:23:39,832 --> 00:23:41,632
iaitu memperisteri...

240
00:23:42,152 --> 00:23:45,722
seorang yang tercinta saja
seumur hidupnya.

241
00:23:49,720 --> 00:23:51,160
Ini Batu Penguji Cinta.

242
00:23:51,712 --> 00:23:55,792
Raja Setan harus melepasi ujian ini.

243
00:23:56,906 --> 00:23:57,946
Bagaimana caranya?

244
00:23:58,192 --> 00:24:00,237
Raja Setan dan Ratu Setan
hanya perlu...

245
00:24:00,312 --> 00:24:04,040
titiskan darah mereka
di atas Batu Penguji Cinta ini.

246
00:24:04,512 --> 00:24:06,288
Andainya mereka sehati,

247
00:24:06,480 --> 00:24:08,800
Batu Penguji Cinta akan berubah warna.

248
00:24:08,960 --> 00:24:10,607
Bagaimana kalau dia gagal?

249
00:24:10,726 --> 00:24:13,360
Perkahwinan ini
akan dianggap tidak sah.

250
00:24:13,600 --> 00:24:16,000
Di sebaliknya, kalau dia lulus,

251
00:24:16,232 --> 00:24:18,872
maksudnya ini jodoh ditakdirkan.

252
00:24:19,520 --> 00:24:22,368
Melainkan mereka
saling bersetuju untuk berpisah,

253
00:24:22,481 --> 00:24:25,592
atau syurga dan neraka
pun tak boleh pisahkan mereka.

254
00:24:26,640 --> 00:24:29,768
Apakah pendapat Raja Setan?

255
00:25:03,915 --> 00:25:05,524
Dia betul-betul mengusiknya.

256
00:25:05,632 --> 00:25:09,108
Dia sanggup buat apa saja
untuk kahwin dengan awak.

257
00:25:09,440 --> 00:25:12,000
Mujurlah. Kalau dia tak tukar,

258
00:25:12,320 --> 00:25:14,049
rancangan esok pasti gagal.

259
00:25:14,400 --> 00:25:15,566
Kenapa awak yakin...

260
00:25:15,832 --> 00:25:18,124
bahawa kita pasti gagal melepasi
Batu Penguji Cinta?

261
00:25:26,000 --> 00:25:29,320
Saya Raja Setan
dan mesti patuh peraturan ini.

262
00:25:29,432 --> 00:25:30,805
Xu Feng.

263
00:26:21,657 --> 00:26:23,217
Kamu nampak?

264
00:26:23,752 --> 00:26:24,998
Tengok!

265
00:26:25,152 --> 00:26:26,952
Mereka ditakdirkan bersama!

266
00:26:28,680 --> 00:26:31,720
Tuanku dan isteri benar-benar
saling mencintai...

267
00:26:31,824 --> 00:26:33,104
dan ditakdirkan bersama.

268
00:26:33,288 --> 00:26:34,818
Tahniah.

269
00:26:35,280 --> 00:26:36,640
Dia palsu!

270
00:26:40,792 --> 00:26:42,200
Jangan ditipu olehnya!

271
00:26:43,080 --> 00:26:45,000
Raja Setan, dia palsu!

272
00:26:45,136 --> 00:26:46,896
Batu Penguji Cinta itu pun palsu.

273
00:26:48,392 --> 00:26:49,420
Tunggu.

274
00:26:49,592 --> 00:26:52,312
Upacara dah selesai dan mereka
lulus ujian Batu Penguji Cinta.

275
00:26:52,512 --> 00:26:53,909
Kenapa awak buat kecoh?

276
00:26:54,552 --> 00:26:59,192
Puteri Sui He, jangan mengarut.

277
00:26:59,384 --> 00:27:00,497
Tuanku.

278
00:27:00,952 --> 00:27:05,135
Seseorang nak halang kita berkahwin
dan pengsankan saya tadi.

279
00:27:05,312 --> 00:27:08,672
Kini, orang itu gunakan batu palsu
untuk tipu semua orang.

280
00:27:08,752 --> 00:27:10,272
Siasatlah selanjutnya.

281
00:27:10,680 --> 00:27:12,166
Tak mungkin palsu!

282
00:27:19,759 --> 00:27:21,082
Apa yang berlaku?

283
00:27:21,920 --> 00:27:23,093
Siapa pula dia?

284
00:27:23,665 --> 00:27:26,356
Cis! Tak boleh buka
sebelum masuk ke bilik pengantin!

285
00:27:29,065 --> 00:27:30,905
Saya lewat kerana urusan kerja.

286
00:27:31,464 --> 00:27:33,144
Saya mohon maaf, Tuanku.

287
00:27:33,929 --> 00:27:37,880
Puteri Sui He kata
Batu Penguji Cinta ini palsu.

288
00:27:38,776 --> 00:27:40,296
Apakah bukti awak?

289
00:27:41,497 --> 00:27:42,697
Saya memang tahu.

290
00:27:44,376 --> 00:27:45,376
Tuan.

291
00:27:46,681 --> 00:27:47,721
Ayah.

292
00:27:48,160 --> 00:27:52,320
Batu Penguji Cinta ini adalah asli.

293
00:27:53,215 --> 00:27:58,032
Batu ini yang palsu.

294
00:28:00,480 --> 00:28:04,019
Semalam, Raja Setan dan saya
nampak Puteri Sui He...

295
00:28:04,080 --> 00:28:08,480
menyelinap masuk ke Istana Setan
untuk tukar batu ini.

296
00:28:09,120 --> 00:28:10,960
Dua jam sebelum majlis bermula,

297
00:28:11,272 --> 00:28:12,712
atas bantuan 2 sahabat dewa,

298
00:28:12,880 --> 00:28:16,969
saya menjumpai batu yang asli
di kediaman Puteri Sui He...

299
00:28:17,120 --> 00:28:18,960
lalu menukarnya semula.

300
00:28:59,846 --> 00:29:02,405
Oleh sebab keadaan cemas,
saya tak sempat laporkan.

301
00:29:02,472 --> 00:29:05,072
Saya mohon maaf, Tuanku.

302
00:29:07,560 --> 00:29:08,742
Awak mengarut!

303
00:29:08,880 --> 00:29:11,080
Ketika awak tukar batu itu semalam,

304
00:29:11,640 --> 00:29:13,280
Raja Setan juga nampak.

305
00:29:13,728 --> 00:29:17,689
Maksud awak, Raja Setan mengarut?

306
00:29:20,640 --> 00:29:23,000
Xu Feng...

307
00:29:23,745 --> 00:29:27,232
Jangan menghina Raja Setan!

308
00:29:27,560 --> 00:29:31,568
Liu Ying menegakkan keadilan
dan betulkan yang salah.

309
00:29:31,644 --> 00:29:33,758
Ini ialah jasa baik dia.

310
00:29:36,480 --> 00:29:37,591
Abang Feng.

311
00:29:37,680 --> 00:29:39,912
Batu Penguji Cinta dah nyatakan
perasaan sebenar awak.

312
00:29:40,280 --> 00:29:42,072
Jangan lagi menipu diri sendiri.

313
00:30:17,800 --> 00:30:19,960
Jangan kawal saya lagi
dengan mantera boneka!

314
00:30:24,016 --> 00:30:27,223
Saya yang kenakan sihir
tapi saya yang dikawal dia!

315
00:30:29,072 --> 00:30:30,632
Awak lagi!

316
00:30:31,800 --> 00:30:33,760
Bukankah dia Dewa Air
dari Alam Syurga?

317
00:30:34,240 --> 00:30:36,096
Bagaimana dia boleh jadi
pengantin Raja Setan?

318
00:30:51,512 --> 00:30:52,632
Kenapa awak di sini?

319
00:30:52,959 --> 00:30:54,989
-Pengawal!
-Puan! Puan!

320
00:30:55,072 --> 00:30:57,182
Jangan pergi!

321
00:30:58,600 --> 00:31:01,217
Tak apalah kalau Jin Mi.
Dia lebih sesuai.

322
00:31:04,047 --> 00:31:05,422
Apa yang awak tengok?

323
00:31:05,552 --> 00:31:08,568
Kepala awak dibuat dengan apa?
Keras betul!

324
00:31:09,664 --> 00:31:11,952
Jangan buang masa.
Perkahwinan akan bermula.

325
00:31:12,028 --> 00:31:13,308
Cepat tolong saya.

326
00:31:15,320 --> 00:31:16,568
Tanggalkan gandik dulu.

327
00:31:21,097 --> 00:31:22,137
Maaf.

328
00:31:22,617 --> 00:31:23,713
Saya...

329
00:31:24,024 --> 00:31:25,584
mengganggu perkahwinan kamu.

330
00:31:26,217 --> 00:31:27,777
Siapa yang bawa dia ke sini?

331
00:31:29,968 --> 00:31:31,178
Tuanku.

332
00:31:31,344 --> 00:31:33,435
Pak cik panggil awak Tuanku
sebagai tanda hormat.

333
00:31:33,720 --> 00:31:40,080
Awak kata awak hidup semula
selepas nirwana di Alam Setan.

334
00:31:40,329 --> 00:31:41,729
Tahukah awak bahawa...

335
00:31:42,400 --> 00:31:44,800
dia yang selamatkan nyawa awak?

336
00:31:45,520 --> 00:31:49,640
Burung merak itu
hanya membolot segala pujian!

337
00:31:50,128 --> 00:31:51,391
Awak bohong!

338
00:31:51,737 --> 00:31:53,017
Saya tak buat begitu!

339
00:31:55,360 --> 00:31:58,472
Awak kata awak yang selamatkan
nyawa Raja Setan.

340
00:31:58,793 --> 00:31:59,993
Saya tanya awak.

341
00:32:00,472 --> 00:32:03,160
Apa yang awak gunakan
untuk selamatkan dia?

342
00:32:03,756 --> 00:32:06,064
Eliksir Pemulihan 9 Putar
daripada Dewa Agung Lao.

343
00:32:06,200 --> 00:32:09,092
Apakah ramuan utama
Eliksir Pemulihan 9 Putar?

344
00:32:10,920 --> 00:32:12,006
Cakap!

345
00:32:12,600 --> 00:32:13,993
Cahaya Samawi.

346
00:32:14,312 --> 00:32:18,567
Saya merempuh maut
untuk dapatkannya di Gunung Ular!

347
00:32:19,320 --> 00:32:21,478
Banyak juga awak tahu.

348
00:32:21,720 --> 00:32:24,702
Apa yang awak gunakan
untuk simpan Cahaya Samawi?

349
00:32:24,920 --> 00:32:27,317
Cakaplah!

350
00:32:27,832 --> 00:32:28,872
Xu Feng.

351
00:32:29,032 --> 00:32:31,032
Xu Feng, percayalah saya.

352
00:32:32,889 --> 00:32:37,304
Awak tahu betapa banyak
pengorbanan saya demi awak!

353
00:32:38,312 --> 00:32:42,672
Kenapa biarkan mereka
menyoal saya di khalayak ramai?

354
00:32:45,640 --> 00:32:51,263
Perempuan bodoh ini
yang pergi ke Gunung Ular...

355
00:32:51,352 --> 00:32:54,032
untuk minta Cahaya Samawi
daripada pak long awak.

356
00:32:54,360 --> 00:32:55,760
Untuk selamatkan awak,

357
00:32:56,870 --> 00:33:01,933
dia beri Lian Chao
kebolehan melihat warnanya.

358
00:33:02,264 --> 00:33:05,224
Dia dah buta warna sekarang.

359
00:33:05,440 --> 00:33:08,804
Dia ialah anak Dewa Bunga!

360
00:33:09,592 --> 00:33:12,153
Dia banyak berkorban untuk awak...

361
00:33:12,272 --> 00:33:16,152
tapi awak langsung tak tahu,
bahkan asyik bencikan dia...

362
00:33:16,392 --> 00:33:17,832
dan seksa diri awak sendiri.

363
00:33:18,760 --> 00:33:24,201
Tahukah awak apa dia gunakan
untuk simpan Cahaya Samawi?

364
00:33:24,277 --> 00:33:25,696
Jangan cakap lagi.

365
00:33:28,400 --> 00:33:29,800
Betuk asalnya.

366
00:33:30,480 --> 00:33:33,240
Dia menampungnya dengan betuk asalnya!

367
00:33:34,641 --> 00:33:39,792
Awak pun tahu bentuk asalnya
cuma Bunga Ibun.

368
00:33:40,360 --> 00:33:42,560
Untuk menampung Cahaya Samawi,

369
00:33:43,280 --> 00:33:46,606
dia nyaris mati...

370
00:33:47,154 --> 00:33:51,765
dan hancur kepada abu.

371
00:33:52,480 --> 00:33:54,600
Xu Feng, jangan percaya!

372
00:33:55,240 --> 00:33:59,622
Xu Feng, mereka hanya mahu
rosakkan hubungan kita!

373
00:33:59,800 --> 00:34:02,160
Takkan awak lupa bagaimana
dia layan awak dulu?

374
00:34:02,280 --> 00:34:03,640
Xu Feng!

375
00:34:08,832 --> 00:34:13,585
Benarkah kata-kata pak cik saya?

376
00:34:18,800 --> 00:34:21,323
Segala yang berlaku dahulu
bukan kehendak hati saya.

377
00:34:23,240 --> 00:34:25,918
Saya telah salah faham.

378
00:34:28,000 --> 00:34:29,284
Saya minta maaf.

379
00:34:29,360 --> 00:34:35,440
<i>Tak mahu masuk campur dalam perbalahan
tapi segalanya tak ikut kehendak hati.</i>

380
00:34:36,152 --> 00:34:42,992
<i>Bunga dalam hati layu,
masa berlalu tanpa kembali.</i>

381
00:34:43,352 --> 00:34:46,581
<i>Kenangan datang dan pergi...</i>

382
00:34:46,832 --> 00:34:52,992
Beri saya peluang
untuk menebus segala-galanya.

383
00:34:58,616 --> 00:35:00,296
Sekiranya awak sudi,

384
00:35:01,040 --> 00:35:04,311
mulai sekarang, kita suami dan isteri.

385
00:35:05,784 --> 00:35:07,942
Buat masa yang tak terkira lamanya,

386
00:35:08,320 --> 00:35:10,422
mahupun ditimpa malapetaka,

387
00:35:11,400 --> 00:35:15,560
saya akan pegang tangan awak
dan kekal bersama awak...

388
00:35:16,120 --> 00:35:18,240
sehingga kita mati bersama.

389
00:35:19,040 --> 00:35:25,600
<i>Biar mabuk sekali lagi
ketika bunga mengembang.</i>

390
00:35:26,112 --> 00:35:32,633
<i>Semoga kenangan hayat ini berkekalan,</i>

391
00:35:32,720 --> 00:35:33,680
Bagus!

392
00:35:33,752 --> 00:35:39,840
<i>biar mabuk sekali lagi
ketika bunga mengembang.</i>

393
00:35:40,207 --> 00:35:46,967
<i>Semoga kenangan hayat ini berkekalan,</i>

394
00:35:47,312 --> 00:35:53,832
<i>berpaling sekali lagi
untuk merasai cinta ini.</i>

395
00:35:54,192 --> 00:36:00,632
<i>Sebotol arak, badan dipenuhi debu.</i>

396
00:36:13,632 --> 00:36:14,992
Tuanku!

397
00:36:15,512 --> 00:36:21,872
<i>Biar mabuk sekali lagi
ketika bunga mengembang.</i>

398
00:36:21,992 --> 00:36:23,192
Api kaca.

399
00:36:23,800 --> 00:36:25,280
Awak rupanya.

400
00:36:25,920 --> 00:36:28,721
Awak sudah mengesyaki saya.

401
00:36:30,313 --> 00:36:35,882
Semua ini hanya perangkap rupanya.

402
00:36:36,680 --> 00:36:37,973
Sui He,

403
00:36:38,040 --> 00:36:41,800
awak masih tak mengaku membunuh
ayah saya dan Mak Cik Lin Xiu?

404
00:36:42,057 --> 00:36:43,737
Jadi, kenapa?

405
00:36:43,960 --> 00:36:47,120
Semua ini kerana dia!

406
00:36:50,584 --> 00:36:51,677
Xu Feng,

407
00:36:52,529 --> 00:36:54,649
saya cintakan awak...

408
00:36:55,920 --> 00:36:59,632
tapi awak dah berkomplot
dengan mereka...

409
00:37:00,960 --> 00:37:04,851
untuk paksa saya gunakan api kaca.

410
00:37:06,360 --> 00:37:07,760
Awak memang kejam!

411
00:37:08,032 --> 00:37:09,211
Awak bagaimana?

412
00:37:09,432 --> 00:37:10,632
Awak tak kejam?

413
00:37:10,760 --> 00:37:12,611
Awak yang bunuh ayah saya
dan Mak Cik Lin Xiu.

414
00:37:12,792 --> 00:37:15,643
Awak yang menganiaya Xu Feng
dan cederakan Yan You.

415
00:37:16,040 --> 00:37:20,640
Saya selesaikannya
dengan awak hari ini!

416
00:37:20,720 --> 00:37:23,287
Awak pula bagaimana?

417
00:37:23,600 --> 00:37:26,716
Awak yang tikam dia!

418
00:37:26,783 --> 00:37:28,334
Awaklah sebabnya!

419
00:37:28,424 --> 00:37:30,726
Betul, saya diperdaya oleh awak.

420
00:37:31,080 --> 00:37:33,200
Saya banyak berbuat salah.

421
00:37:33,560 --> 00:37:35,607
Saya dah terima balasannya.

422
00:37:35,840 --> 00:37:36,840
Awak...

423
00:37:37,232 --> 00:37:39,520
Saya ingat semua kesalahan awak!

424
00:37:39,792 --> 00:37:42,832
Jangan fikir awak boleh lepas
daripada dosa awak!

425
00:38:28,600 --> 00:38:29,960
Xu Feng.

426
00:38:30,280 --> 00:38:33,680
Saya lindungi roh jasmani awak
dengan kuasa sakti saya.

427
00:38:33,920 --> 00:38:39,397
Inikah cara awak balas budi saya?

428
00:38:41,768 --> 00:38:43,969
Bunuhlah saya!

429
00:38:52,065 --> 00:38:55,814
Awak telah selamatkan saya.
Saya takkan bunuh awak.

430
00:38:56,232 --> 00:38:59,752
Namun awak banyak berbuat jahat
dan membunuh.

431
00:39:00,272 --> 00:39:01,392
Mulai hari ini,

432
00:39:02,152 --> 00:39:04,427
awak bukan lagi ketua puak burung.

433
00:39:05,112 --> 00:39:09,126
Awak tak boleh simpan lagi
kuasa api kaca ini.

434
00:39:12,720 --> 00:39:18,048
<i>Kilat memancar
dari garis tapak tangan.</i>

435
00:39:18,320 --> 00:39:24,240
<i>Masa berlalu dengan cepat...</i>

436
00:39:24,760 --> 00:39:27,520
Saya benci kamu semua!

437
00:39:32,040 --> 00:39:33,280
Sui He.

438
00:39:34,600 --> 00:39:37,960
Niat jahat awak bermula kerana saya.

439
00:39:38,383 --> 00:39:39,463
Sebenarnya,

440
00:39:39,752 --> 00:39:41,232
saya sebagai sepupu awak...

441
00:39:41,600 --> 00:39:44,256
gagal nasihatkan atau bimbing awak.

442
00:39:44,472 --> 00:39:45,952
Ini salah saya.

443
00:39:47,200 --> 00:39:49,643
Hari ini, saya akan balas balik...

444
00:39:50,792 --> 00:39:58,384
apa yang saya terhutang pada
awak, Jin Mi dan mangsa-mangsa lain.

445
00:40:03,040 --> 00:40:05,040
Tuanku, jangan!
Tuanku!

446
00:40:05,360 --> 00:40:06,760
Jangan!

447
00:40:12,680 --> 00:40:14,369
-Phoenix!
-Xu Feng!

448
00:40:26,272 --> 00:40:28,592
Hapuskan separuh daripada
kuasa sakti saya...

449
00:40:29,700 --> 00:40:34,434
ialah hukuman terhadap saya
dan balasan kepada budi awak.

450
00:40:36,240 --> 00:40:37,731
Dengar arahan saya!

451
00:40:40,552 --> 00:40:42,402
Maklumkan seluruh Alam Setan.

452
00:40:43,152 --> 00:40:44,792
Apabila nampak perempuan ini kelak,

453
00:40:45,017 --> 00:40:48,687
jangan menyakiti dia
sekiranya dia berubah baik.

454
00:40:49,057 --> 00:40:50,817
Kalau dia masih berbuat jahat,

455
00:40:51,672 --> 00:40:52,992
bunuh serta-merta.

456
00:40:53,392 --> 00:40:54,872
Baik, Tuanku.

457
00:40:57,672 --> 00:41:03,392
<i>Restuilah jodoh awak dan saya.</i>

458
00:41:03,601 --> 00:41:06,996
<i>Dalam cahaya bulan...</i>

459
00:41:07,072 --> 00:41:09,148
Jagalah diri awak.

460
00:41:11,872 --> 00:41:14,552
Semoga sejahtera, Tuanku.

461
00:41:29,040 --> 00:41:31,182
Raja Setan bersetuju lepaskan awak...

462
00:41:31,480 --> 00:41:33,240
tapi bukan saya.

463
00:41:33,641 --> 00:41:37,298
Saya mesti balas dendam untuk Mu Ci.
